START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES

Buta akibat diabetes 2013

Specialty in Ophthalmology, Vitreoretinal Surgery

Cataract surgery, Eye surgery, Intravitreal injection (IVI), Laser photocoagulation, Laser surgery, Retina surgery, Retinal detachment surgery, Retinal laser surgery, Scleral buckling surgery, Vitrectomy, Vitreoretinal surgery

Click to view larger image 1 2 3 4 5

PESONA November 8, Selepas dua minggu melahirkan bayi pertama pada Ramadan lalu, penglihatan Siti Sarah Abdidin, 25, tiba-tiba terjejas apabila kelihatan tompok-tompok hitam di sebelah mata kanannya.

Pendidikan diabetes dari kecil


BERSEMPENA dengan Hari Diabetes Sedunia, Gleneagles membawa dua watak adiwira, Boboiboy dan Yaya ke sekolah untuk mendidik kanak-kanak tentang bahaya diabetes.


SORAKAN anak-anak memenuhi ruang di dewan Sekolah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur apabila dua watak adiwira animasi tempatan, Boboiboy dan Yaya muncul di atas pentas.

Anak-anak cilik yang begitu seronok dan teruja dengan kedatangan Boboiboy terus menghadiahkan tepukan gemuruh sehinggalah sesi pengenalan majlis tentang diabetes dimulakan.

Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Perubatan Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) sempena Hari Diabetes Sedunia pada 14 November ini.

Melalui kedua-dua watak kartun popular itu, GKL mengajak kira-kira 600 kanak-kanak berusia 7 sehingga 12 tahun mengenali dan memahami penyakit diabetes dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Antara aktiviti tersebut ialah tayangan klip video, kuiz, senaman dan pembelajaran mengenai penyakit diabetes.

Mohd. Irfan Firdaus Mohd. Indera, 11, berkata, selain sangat teruja dengan kedatangan Boboiboy dan Yaya, program itu juga membantu dia memahami penyakit diabetes.

“Selain gembira dengan kehadiran Boboiboy dan Yaya, hari ini baru saya tahu diabetes dan kencing manis adalah penyakit yang sama,” katanya.

Punca

Katanya lagi, punca diabetes adalah dari makanan dan minuman yang banyak minyak serta gula.


MURID-MURID yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan pingat penghargaan.


“Ayam goreng dan minuman bikarbonat boleh menyebabkan diabetes. Seperti yang diberitahu tadi, snek seperti gula-gula boleh ditukarkan kepada jagung dan kentang putar.

“Saya sememangnya akan memesan air kosong jika makan di luar kerana ibu bapa beritahu minuman manis boleh mengakibatkan kencing manis,” jelasnya.

Begitu juga dengan Mohd. Aiman Baqir Shamshokmar, 11, yang memberitahu, dia cuma mengetahui penyakit kencing manis tanpa menyedari ia turut dikenali sebagai diabetes.

“Saya tahu penyakit kencing manis semasa melihat drama di televisyen apabila kaki seseorang itu terpaksa dipotong.

“Bagaimanapun, kini saya telah mengetahui punca dan cara merawat penyakit diabetes. Antara punca penyakit itu ialah kegagalan badan menghasilkan hormon insulin untuk mengawal tahap keseimbangan glukosa dalam darah,” jelasnya.

Mendidik kanak-kanak

Menurut Pengurus dan Pendidik Pusat Penjagaan Diabetes, Choo Khee Ling, acara tersebut diadakan bagi mendidik kanak-kanak tentang bahaya diabetes dari peringkat sekolah rendah lagi.


MURID-MURID Sekolah Kebangsaan St. John berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab soalan tentang diabetes.


“Ramai masih tidak tahu apa itu diabetes dan hanya kira-kira lima peratus daripada mereka tahu mengenainya.

“Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi 2011 telah menunjukkan peningkatan statistik penghidap diabetes untuk remaja Malaysia berusia 18 tahun ke bawah meningkat sebanyak 20.8 peratus berbanding 14.9 pada 2006. Ini menunjukkan tahap pemahaman kanak-kanak dan remaja Malaysia mengenai diabetes masih lagi lemah dan tidak diambil berat,” ujarnya.

Khee Ling memaklumkan, antara faktor penyebab peningkatan jumlah tersebut adalah kerana kekurangan aktiviti senaman dalam kalangan kanak-kanak.

“Arus moden pada hari ini telah menyediakan pelbagai mainan video yang menyebabkan anak-anak malas untuk bergerak dan cuma duduk di depan televisyen.

“Mereka kurang melakukan senaman dan cuma bergantung kepada pendidikan jasmani yang dilakukan di sekolah,” katanya.

Tambah beliau, disebabkan itu, GKL mengambil inisiatif untuk mengajar beberapa tip pemilihan makanan dan minuman serta senaman mudah yang boleh mereka amalkan. Kami percaya amalan gaya hidup sihat lebih berkesan jika ia dilatih dari peringkat kanak-kanak lagi.

“Kami yakin ia berkesan kerana pada waktu ini mereka mudah untuk dibentuk dan diajar mengenai kepentingan pengamalan gaya hidup sihat.

“Jika dipraktikkan gaya hidup sihat ini pada setiap hari, ia akan menjadi tabiat, sekali gus dapat menjaga kelestarian kesihatan masyarakat Malaysia,” ujarnya.

START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES