START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES

Menurut Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, lebih kurang 90,000 – 100,000 orang Malaysia mengidap kanser pada satu-satu masa dan lima kanser utama yang dihidapi oleh lelaki dan wanita di negara ini ialah kanser payu dara, kolorektal (usus), paru-paru, serviks dan nasopharyngeal (hidung).

Mendapati bahawa anda atau orang tersayang mengidapi kanser dan terpaksa menjalani rawatan banyak mendatangkan tekanan fizikal dan emosi. Di Pusat Kanser SunMed, kami bukan sahaja merawat kanser kerana kami percaya dengan penyembuhan keseluruhan seseorang pesakit.

Dengan menggunakan ‘Cycle of Care’, satu pelan rawatan bersepadu akan disediakan menurut keperluan dan diagnosis anda. Tumpuan kami bukan hanya melawan kanser – kami ingin menjadikan lawatan atau penginapan anda sentiasa selesa, sambil menawarkan privasi, penjagaan perubatan  onkologi terbaik dan khidmat sokongan untuk anda sekeluarga.

Sepanjang rawatan anda, matlamat kami adalah untuk memulihkan kualiti hidup anda dengan mengurangkan simptom yang mungkin berlaku semasa rawatan kanser. Kami akan memperkenalkan terapi seperti nutrisi, kawalan kesakitan dan rehabilitasi untuk merangsang sistem imun anda dan mengurangkan kesan sampingan supaya rawatan anda boleh berterusan tanpa banyak gangguan atau penangguhan.

Perkhidmatan kanser kami akan dinaiktaraf dengan penambahan terapi radiasi dan perubatan nuklear dalam masa terdekat. Buat masa ini, pasukan kami akan membantu menguruskan perkhidmatan dengan pembekal lain jika anda memerlukan sebarang perkhidmatan.

Matlamat ‘Cycle of Care'(Kitaran Penjagaan) ialah memberikan pesakit peluang terbaik untuk mendapatkan hasil yang positif, meningkatkan kualiti dan kecerdasan hidup melalui diagnosis awal, rawatan intervensi optimal, pendekatan pasukan pakar  pelbagai bidang dan kawalan  rapi terhadap simptom.

  • PAKAR ONKOLOGI
    Setelah doctor mengesahkan bahawa seseorang mengidapi kanser, pesakit tersebut akan dirujuk kepada pakar onkologi untuk rawatan kanser.
  • RAWATAN

Seterusnya pakar onkologi akan membincangkan pilihan rawatan yang sesuai dan menjawab sebarang persoalan pesakit. Rawatan kanser termasuk kimoterapi, radioterapi dan sokongan penjagaan. Kaunseling pra-rawatan juga akan dilakukan oleh pakar dan jururawat onkologi.

  • PASUKAN PAKAR PELBAGAI BIDANG

Pesakit kanser yang menerima rawatan di Pusat Kanser SunMed mendapat kepastian bahawa penyakit mereka dinilai secara menyeluruh dan mereka di bawah penjagaan pasukan pakar pelbagai bidang yang bertanggungjawab memaksimakan peluang pemulihan dan memperolehi kembali kualiti hidup. Pasukan pakar pelbagai bidang terdiri dari doktor, pakar nutrisi, ahli farmasi, jururawat onkologi, kakitangan rehabilitasi, ahli psikologi, kaunselor, kakitangan jururawat di rumah dan fisioterapi.

Pusat Kanser SunMed juga disertai oleh jabatan tumor, di mana perbincangan unik diadakan untuk menilai pesakit kanser dari perspektif pakar pelbagai bidang. Program ini menggabungkan kepakaran dari bidang yang berlainan seperti pakar bedah, perubatan dan onkologi radiasi untuk menilai diagnosis pesakit dan untuk menghasilkan pengurusan terbaik. Jabatan tumor adalah keperluan penting untuk memastikan kecemerlangan dalam penjagaan kanser dan membolehkan kerjasama pelbagai bidang yang optima.

  • PEMERIKSAAN
    Pakar onkologi akan menjalankan pemeriksaan lanjut untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kanser tersebut contohnya ujian darah, imbasan, sumsum tulang, biopsi hati, kolonoskopi dan lain-lain.
  • PROSEDUR RAWATAN
    Perundingan bersama pakar onkologi akan diadakan sebelum setiap rawatan. Pemeriksaan darah yang tetap akan dilakukan sepanjang rawatan. Imbasan akan dilakukan selepas dua atau tiga kitaran rawatan. Masalah klinikal pesakit akan dibincangkan oleh pasukan pakar pelbagai bidang.
  • POS-RAWATAN & RAWATAN SUSULAN
    Setelah rawatan selesai, pemeriksaan susulan ujian darah dan imbasan yang tetap dengan pakar akan dijadualkan untuk pesakit.

Rujukan:

  • Hospis Malaysia Persatuan amal yang menawarkan penjagaan paliatif professional kepada pesakit yang mengidapi penyakit akhir-hayat di sekitar Lembah Klang.
  • National Cancer Society of Malaysia Persatuan yang menumpu kepada penghindaran kanser serta peningkatan kualiti hidup penghidap kanser melalui penjagaan dan pendidikan pesakit.
  • Empowered Malaysia Persatuan tidak-berasas-keuntungan yang komited menyelamatkan nyawa, menghindari kanser and memansuhkan kesengsaraan di kalangan golongan kurang bernasib baik.
  •  Cancerlink Foundation Pertubuhan ini menyediakan program dan perkhidmatan penjagaan  kepada pesakit kanser serta ahli keluarga dan kawan-kawan mereka.

What causes cancer?

Cancer is ultimately the result of cells that grow uncontrollably and do not die. Normal cells in the body follow an orderly path of growth, division, and death. Cancer cells do not experience programmatic death and instead continue to grow and divide. This leads to a mass of abnormal cells that grows out of control.

How can cancer be prevented?

Cancer that is closely linked to certain behaviours is the easiest to prevent. For example, choosing not to smoke tobacco or drink alcohol significantly lower the risk of several types of cancer – most notably lung, throat, mouth and liver cancer. Even if you are a current tobacco user, quitting can still greatly reduce your chances of getting cancer.

Eat more plant-based foods, e.g. fresh fruits and vegetables. Aim for at least 5 and preferably 7 servings a day.

Some cancer prevention is based on systemic screening in order to detect small irregularities or tumours as early as possible even if there are no clear symptoms present. Breast self–examination, mammograms, testicular self–examination, colonoscopy and Pap smear are common screening methods for various cancer.

Can cancer spread from one person to another person?

Cancer occurs by out-of-control cell growth; therefore it can’t be spread to other people.

What are some of the common cases at Sunway Medical Centre?

At Sunway Medical Centre, the more common cancer cases are breast, colorectal and lung cancer.

With early detection programme such as mammography and colonoscopy, cancer can be prevented or treated at the early stage when cure is possible.

For tumours which are not at an early stage, a combined approach of multidisciplinary management including surgeons; radiotherapist and medical oncologists will ensure a better outcome of treatment.

What are the treatments of cancer?

Cancer is not just one disease, but a large group consisting of many diseases. Treatments will generally vary according to the type of cancer; e.g. breast cancer and the stage (extent of the tumour). However for most patients with the more cancers including gastro intestinal, breast and lung cancer, treatments include surgery, radiation therapy, chemotherapy, immunotherapy, hormone therapy and other systemic anti-cancer treatments.

Who is a Medical Oncologist?

A Medical Oncologist is a consultant physician who specialises in the diagnosis and treatment of cancers. Medical Oncologists are mainly involved in chemotherapy (use of anti cancer medication to destroy cancer cells), targeted biological treatments and in supportive cure.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di:

  • Pusat Kanser kami terdiri dari Unit Penjagaan Harian Kimoterapi yang terletak di Tingkat 3, Tower Block.




START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES