START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES

Setiap orang akan mengalami masalah penghadaman seperti sakit perut, ketidakhadaman, angin, pedih hulu hati, sembelit atau cirit birit. Ini boleh disebabkan pengambilan makanan tertentu, makanan yang tercemar dengan bakteria merbahaya, selesema atau penyakit jangka pendek yang lain. Kebanyakan penyakit penghadaman tidak serius dan tidak berpanjangan dan kebanyakannya boleh dikurangkan jika anda bersenam, kurangkan stres dan amalkan diet yang betul. Beberapa masalah penghadaman yang lazim adalah:

  • Pedih Ulu Hati atau GERD (penyakit gastroesophagel reflux)
  • Penyakit keradangan usus
  • Sindrom keradangan usus
  • Batu hempeduNamun begitu, sesetengah masalah penghadaman tidak dapat diubati dengan ubat yang dibeli di farmasi dan kadangkala simptom yang dialami merupakan tanda kepada penyakit yang serius seperti kanser usus besar atau ovari. Jika anda mengalami perubahan yang mendadak dan berterusan terhadap pergerakan usus, pendarahan semasa pembuangan air besar, kerapkali mengalami pedih hulu hati, ketidakhadaman atau sakit perut yang lain; berat badan turun tanpa sebab; atau kesukaran menelan, anda harus mendapatkan nasihat pakar perubatan.

Pusat Kesihatan Penghadaman menawarkan kaedah penjagaan holistik dalam menangani masalah berkaitan sistem penghadaman termasuk kerongkong, perut, usus kecil dan besar, hati, pankreas dan pundi hempedu.

  • Gastroscopy: Pemeriksaan bahagian atas sistem penghadaman termasuk kerongkong, perut dan bahagian permulaan tali perut.
  • Colonoscopy: Pemeriksaan bahagian bawah sistem penghadaman termasuk usus besar hingga bahagian hujung usus kecil yang dinamakan terminal ileum.
  • Endoscopic Retrograde Cholangio Pancreatography (ERCP):Pemeriksaan sistem biliary, sistem pankreas dan pudi hempedu menggunakan panduan X-ray.
  • Capsule Endoscope: Pemeriksaan di mana pesakit perlu menelan kapsul kecil yang mengandungi kamera untuk melihat usus kecil.
  • Bronchoscopy: Pemeriksaan paru-paru.
  • Cystoscopy: Pemeriksaan sistem air kencing termasuk pundi kencing dan uretra
  • Fibroscan: Pemeriksaan hati menggunakan gelombang ricih ultra bunyi untuk mengesan kehadiran parut atau serat.
  • Urea Breath Test (UBT): Pemeriksaan nafas untuk mengesan jangkitan Helicobacter Pylori.

Untuk maklumat lanjut atau temujanji sila hubungi kami di:

  • Pusat Kesihatan Penghadaman terletak di Tingkat Lobi Tower A.
  • Waktu operasi:

    Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 5.30 petang

    Sabtu: 8.30 pagi – 1.00 tengahari





START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES