START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES

Masalah Pendengaran

Sesetengah orang dilahirkan dengan masalah pendengaran (kongenital) sementara ramai lagi mungkin hilang pendengaran dikemudian hari. Terdapat pelbagai tahapmasalah pendengaran, dari sebahagian hingga hilang pendengaran sepenuhnya; satu atau kedua-dua telinga mungkin terjejas dengan sebelah lebih teruk ; hilang pendengaran secara beransur atau serta merta dan lain-lainlagi.

Jika anda merasa anda mungkin mengalami masalah pendengaran, anda harus berjumpa doktor/ Pakar Audiologi. Beritahu kepada doktor/Pakar Audiologi jika:

  • Anda mengalami masalah mendengar apabila lebih dari seorang dalam bilik sedang bercakap
  • Anda terpaksa menumpukan sepenuh perhatian untuk memahami apabila berbual dengan seseorang.
  • Anda sering keliru dari arah mana suaraitu datang
  • Suara wanita dan kanak-kanak lebih sukar untuk difahami
  • Kadang-kadang anda dapat mendengar bunyi berdesir, berderau atau berdering.
  • Anda merasakan orang berkumat-kamit atau pertuturan mereka tidak jelas atau hanya  mendengar sebahagian sahaja perbualan semasa mereka sedang bercakap
  • Anda sering meminta supaya orang mengulangi pertuturan mereka
  • Kawan-kawan dan ahli keluarga menyatakan yang anda mengalami masalah pendengaran
  • Anda perlu bertanya tentang butiran kelas atau mesyuarat yang dihadiri
  • Ramai yang menyatakan anda memainkan muzik atau TV terlalu kuat
  • Anda tidak dapat mendengar loceng pintu atau telefon
  • Doktor akan menjalankan pemeriksaan telinga, dan jika perlu merujuk anda kepada PakarAudiologi yang akan menjalankan pelbagai ujian pendengaran untuk mengesan punca dan tahap masalah tersebut.
Masalah Pertuturan

Kebanyakan dari kita merasakan pertuturan memang mudah tetapi sebenarnya pertuturan ialah satu proses rumit yang memerlukan kawalan masa, saraf dan otot yang tepat. Apabila kita bercakap, otot dari pelbagai bahagian tubuh dan sistem perlu diselaraskan.Ini termasuk peti suara yang mengandungi pita suara; gigi, bibir, lidahdan mulut; dan sistem pernafasan.

Pakar Pathologi Pertuturan-Bahasa dilatih untuk memerhati sewaktu pesakit sedang bercakap dan mengenalpasti masalah pertuturan mereka.Antara masalah pertuturan ialah gagap, bercelaru, masalah menyebut perkataan dan apraxia.Pesakit yang mengalami kerosakan pendengaran mungkin juga mengalami masalah pertuturan. Pakar Pathologi Pertuturan-Bahasa akan menjalankan penilaian untuk mengenalpasti bahagian yangbermasalah dan memberikan terapi yang diperlukan.

Masalah Menelan

Kita biasanya menganggap makan sebagai keseronokan dan juga keperluan untuk mendatangkan khasiat. Bayangkan jika anda mengalami masalah menelan makanan dan terpaksa bergantung kepada tiub atau kaedah lain untuk keperluan nutrisi anda. Kualiti hidup anda pasti terjejas.Inilah realiti bagi kebanyakan pesakit selepas strok, kanser atau kemalangan kenderaan.Pakar terapi menelan ialah Pakar Pathologi Pertuturan-Bahasa yang dilatih khas untuk menilai kesukaran menelan dan memberikan rawatan rehabilitasi untuk membolehkan pesakit menikmati kehidupan merekasemula.

Pusat Pertuturan dan Pendengaran menawarkan pemeriksaan, diagnostik lengkap dan perkhidmatan rehabilitasi dalam bidang audiologi dan terapi pertuturan-bahasa. Pusat ini dilengkapi dengan teknologi terkini dan pasukan pakar audiologi, pakar pathologi pertuturan-bahasa dan pakar ENT.

Perkhidmatan audiologi yang ditawarkan termasuk:
  • Ujian pendengaran bagi semua peringkat umur
  • Ujian audiometri pertuturan
  • Ujian audiometry Impedans
  • Ujian tindakbalas auditory stem otak
  • Ujian pancaran Otoacoustic
  • Tindakbalas membangkitkan auditori stabil
  • Jualan, pemasangan dan penilaian  alat bantuan pendengaran
  • Jualan dan pemasangan peralatan dan aksesori bantuan pendengaran
  • Rehabilitasi telinga
  • Program implan Koklea
  • Pengurusan Tinnitus
  • Penilaian dan pengurusan masalah pemerosesan auditori
Perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa

Perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa yang terdapat disini termasuk penilaian dan rawatan untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami:

  • Masalah pembelajaran, kecacatan mental, tumbesaran terbantut.
  • Tidak lancar atau gagap
  • Bibir atau lelangit rekah
  • Masalah suara (kurang berkualiti, kawalan suara tepat, hilang suara)
  • Kanser mulut, lidah, kepala dan leher.
  • Masalah spektrum autistic
  • Kehilangan suara (pengguna alat bantuan pendengaran, penerima implan koklea atau mereka yang berminat untuk di implan).
  • Kecederaan kepala dan leher, pembedahan atau strok.
  • Sebarang tahap kesukaran untuk makan atau menelan
  • Laryngectomy (membuang larynx / ‘kotak suara’).
Saravanan Selanduray
Pengurus, Pusat Pertuturan & Pendengaran

Kelayakan:
Ijazah Audiology (Kepujian) UKM, Ahli Malaysian Association of Speech-Language & Hearing.

Saravanan ialah Pengurus Pusat Pertuturan & Pendengaran dan merupakan ketua unit audiologi. Beliau menyertai SunMed sebagai pakar audiologi pada 2004. Sebelum itu, beliau bertugas sebagai tutor di Jabatan Pertuturan & Pendengaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merawat pesakit dari semua peringkat umur dan pelbagai latarbelakang dan amat komited untuk mengurangkan kesan kehilangan pendengaran terhadap kehidupan pesakit dan ahli keluarga mereka.

Di SunMed, beliau ialah ahli Pasukan Teras Program Implan Koklea iaitu pasukan pakar pelbagai bidang yang terdiri dari pakar bedah ENT, ahli Pathologist Pertuturan-Bahasa dan pakar Audiologi

Beliau terlibat secara aktif dalam meningkatkan kesedaran tentang masalah kehilangan pendengaran dikalangan orang ramai dan pakar kesihatan dengan menyumbangkan rencana media, kempen kesedaran, program pemeriksaan dan ceramah kesihatan.

Bidang kepakaran beliau ialah diagnostik audiologi dan rehabilitasi telinga.

Ellin Fariza Selamat
Pakar Audiologi Kanan

Kelayakan: Ijazah Audiologi (Kepujian) (UKM), Ahli MANSA

Ellin memulakan kerjaya dalam bidang Audiologi pada 2007. Beliau adalah lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah bertugas di beberapa hospital kerajaan selama 5 tahun sebelum menyertai Sunmed pada 2012. Di SunMed, beliau adalah ahli Pasukan Teras Program Implan Koklear, satu pasukan pelbagai kepakaran yang terdiri dari Pakar bedah ENT, Pakar Pathologi dan Audiologi Bahasa Pertuturan.

Beliau memperolehi kecekapan klinikal setelah bertugas dalam persekitaran audiologi yang berlainan dan ini telah memberikan pengalaman yang luas berurusan dengan individu dari semua peringkat usia yang mengalami masalah pendengaran dan berkomunikasi.

Beliau percaya mereka yang mengalami masalah pendengaran boleh memperbaiki kualiti hidup mereka dengan mengenalpastinya dengan lebih awal, pengurusan yang menyeluruh, program rehabilitasi yang baik dan komitmen dari semua pihak.

Ang Ai Lee
Pakar Audiologi

Kelayakan: Ijazah Audiologi (Kepujian) UKM, Ahli Malaysian Association of Speech-Language & Hearing

Ai Lee memulakan kerjayanya sebagai Pakar Audiologi di Pusat Perubatan Sunway Sdn. Bhd pada 2010. Di SunMed, beliau adalah ahli Pasukan Teras Program Implan Koklear, satu pasukan pelbagai kepakaran yang terdiri dari Pakar bedah ENT, Pakar Pathologi dan Audiologi Bahasa Pertuturan.

Beliau merawat pesakit dari semua peringkat usia (bayi hingga warga emas) dengan latar belakang yang berbeza. Beliau terlibat dalam mengenal pasti, mencegah, menilai dan mengurus masalah berkaitan telinga dan pendengaran. Beliau memperjuangkan kepentingan untuk mengenalpasti dan menguruskan penyakit dari peringkat awal bagi bayi/kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran dan menekankan kepentingan rehabilitasi telinga mengikut pengurusan pendengaran terutamanya bayi/kanak-kanak yang menggunakan alat bantuan pendengaran/ implant koklear.

Beliau bekerjasama rapat dengan pasukan pelbagai kepakaran yang terdiri dari Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Leher, ahli pathologi Bahasa-Pertuturan, Ahli Psikologi/Pediatrik dan Pediatrik Tumbesaran dan berminat untuk memulihkan kemahiran mendengar dan mengurangkan kesan kesukaran pendengaran terhadap kehidupan pesakit. Sejak 2013, Ai Lee telah memperluaskan minatnya dan menjalani latihan dalam bidang Penilaian Penyakit Pemerosesan Auditori Tengah (Central Auditory Processing Disorder Assessments (CAPD)) untuk kanak-kanak sekolah di Pusat Pertuturan & Pendengaran.

Ng Poh Juan
Audiologist
Jessica Tharmapal-Dass
Pakar Pathologi Kanan Pertuturan-Bahasa Kanan

Kelayakan: Sarjanaof Speech Pathology (Australia), Bachelor of Languages & Linguistics (English) (Universiti Malaya), Ahli  Malaysian Association of Speech & Hearing (MASH).

Jessica ialah Ketua Unit Pathologi Pertuturan-Bahasa.

Jessica dilatih dalam bidang Pathologi Pertuturan di Australia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pakar pathologi Bahasa-Pertuturan di Pusat Perubatan Sunway Sdn. Bhd pada tahun 2008. Jessica merawat kanak-kanak di klinik pesakit luar untuk Bahasa-Pertuturan, Komunikasi, Penilaian & Rawatan Masalah untuk makan dan Kelancaran Pertuturan. Beliau adalah salah seorang dari ahli pasukan pelbagai kepakaran (FGT) Program Terapi Masalah Pemakanan yang melibatkan Pakar Diet & Pakar Terapi Pekerjaan dan mereka menjalankan sesi kumpulan terapi makan bagi kanak-kanak yang bermasalah makan atau memilih makanan. Jessica turut menjalankan terapi sosial berkumpulan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah komunikasi. Beliau ingin membantu dan memperkasakan ibubapa terlibat dalam sesi terapi anak mereka di klinik/rumah serta kehidupan seharian mereka. Jessica juga menilai dan merawat orang dewasa yang mengalami masalah gagap.

Bidang kepakaran beliau ialah masalah gagap.

Nawal Mohd Shafie
Speech-Language Pathologist
Christine Yu Lee Mei
Speech-Language Pathologist
Shalini Anne
Speech-Language and Swallowing Pathologist

Untuk maklumat lanjut atau membuat temujanji, sila hubungi kami di:

  • Waktu Operasi:

    Isnin – Sabtu: 8.30 pagi – 5.30 petang
    Tutup pada Ahad & Cuti Umum. Perunding ENT bertugas hingga pukul 1 petang pada hari Sabtu.

  • Location: the 2nd Floor, Tower A




START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES