START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES

DIREKA UNTUK SEGALA MAJLIS

Memperkenalkan Pusat Konvensyen Swan yang terletak di Tower B, Pusat Perubatan Sunway. Ia direka khas  untuk penggunaan badan korporat dan agensi perubatan untuk mengadakan acara seperti pameran, persidangan, mesyuarat, majlis pelancaran produk dan lain-lain. Pusat konvensyen ini dilengkapi dengan kemudahan mesyuarat dan majlis jamuan serta kemudahan audio visual moden untuk memantapkan lagi  acara anda.

Klik pada tab di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap bilik di Pusat Konvensyen Swan:

To find out more info or book a room, please contact our Banquet & Sales team at:

Sejurus memasuki  Pusat Konvensyen Swan, anda pasti terpegun dengan RUANG PAMERAN yang direka dengan soket eletrik di seluruh ruang ( tiang dan lantai). Ruang mudah alih ini amat sesuai sebagai kawasan mempromosi produk dan perkhidmatan kepada peserta persidangan yang diadakan di pusat konvensyen.Ruang pameran boleh memuatkan sehingga 20 booth pameran (dengan panel) dan 40 booth (tanpa panel tetapi dengan meja dan kerusi bankuet). Selain dari booth pameran, ruang ini juga digunakan untuk menghidangkan jamuan ringan.

BILIK LOTUS ialah dewan banquet utama kami berukuran 7,391.94 kaki persegi yang bebas-tiang dan dapat memuatkan 500 tetamu untuk jamuan makan malam. Bilik Lotus sesuai untuk mengadakan CME, seminar, majlis graduasi jururawat, Perayaan Hari Jururawat, bengkel, pelancaran produk dan lain-lain. Jika perlu, bilik Lotus boleh dibahagikan kepada dua bilik yang lebih kecil

BILIK GINGER adalah satu dari dua bilik persidangan kami yang terdapat di Pusat Konvensyen Swan. Ia boleh memuatkan 25 ke 80 orang peserta bergantung kepada susunan tempat duduk. Bilik Ginger sesuai untuk forum umum, ceramah CME, Latihan & Pembangunan dalaman,program pendidikan jururawat dan lain-lain lagi. Bilik Ginger boleh digabungkan dengan Bilik Rainforest dengan membuka pembahagi yang memisahkan kedua-dua bilik ini.

BILIK BUTTERFLY boleh memuatkan 20 ke 40 orang bergantung kepada susunan tempat duduk dan sesuai untuk mesyuarat dan ceramah korporat. Dinding pembahagian yang terletak di hujung bilik ini boleh dibuka dan disatukan dengan bilik mesyuarat yang lain. Lihat di sini untuk susunan meja bilik darjah.

BILIK RAINFOREST, di sebelah Bilik Ginger mempunyai fungsi dan kapasiti yang sama seperti Bilik Ginger. Gambar ini menunjukkan susunan meja Boardroom.

Bilik mesyuarat utama kami – BILIK LADYBIRD – boleh dilihat di sini dalam susunan meja bentuk U, sesuai untuk mesyuarat pengurusan dan menyambut kumpulan pelancong. Dalam susunan ini, Bilik Ladybird boleh memuatkan sehingga 28 tetamu dan ia juga bilik terbesar untuk persidangan yang boleh memuatkan sehingga 120 peserta dalam susunan dewan kuliah.





START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES