START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES

Farmasi Pusat Perubatan Sunway menjual pelbagai produk termasuk suplemen, barangan penjagaan kulit, alat bantuan pergerakan, alat perubatan rumah dan ubat-ubatan.

Farmasi SunMed akan bertindak sebagai pusat produk penjagaan pesakit dan melengkapkan perkhidmatan hospital yang sedia ada. Farmasi SunMed juga menyediakan program pemulihan kesihatan, dengan penumpuan terhadap pesakit, dan menawarkan maklumat serta nasihat tentang ubat.

Memandangkan farmasi ini terletak dalam hospital swasta bertauliah, kualiti perkhidmatan yang diberikan turut diutamakan. Pelanggan dapat berinteraksi secara terus dengan ahli farmasi bertauliah. Terdapat juga ruang kaunseling separa peribadi yang terletak di belakang farmasi yang berfungsi sebagai ruang khusus untuk pesakit dan pelanggan mendapatkan maklumat dan nasihat tentang ubat. Satu lagi kelebihan ialah farmasi ini dikendalikan oleh ahli farmasi hospital.

Selain menjual barangan kesihatan, Farmasi SunMed juga akan bekerjasama dengan jabatan lain di hospital ini untuk menyediakan program promosi kesihatan kepada pesakit, pelanggan dan masyarakat. Sebagai contoh, kedai farmasi ini memainkan peranan penting dalam program Berhenti Merokok SunMed bukan sahaja dengan membekalkan produk tetapi juga kaunseling dan nasihat. Dengan cara ini, Farmasi SunMed akan terus berkhidmat kepada pesakit walaupun selepas rawatan hospital tamat.

For more information, kindly contact us at:

  • Location: Ground Floor, Tower A.
  • Waktu Operasi:

    Isnin – Jumaat: 9.30 pagi – 6.30 petang
    Sabtu: 9.30 pagi – 2.00 petang
    Cuti Umum & Ahad: Tutup





START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES