START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES

Pusat Perubatan Sunway adalah hospital swasta dengan pengiktirafan ISO 9001:2008, MS ISO15189 dan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Pusat Perubatan Sunway terletak di Jalan Lagoon Selatan, hanya dua minit perjalanan dari kampus Universiti Sunway, bersebelahan dengan Universiti  Monash, dan berdekatan dengan Sunway Lagoon Resort Hotel, Taman Tema Sunway serta Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid.   

Sejak mula beroperasi pada November 1999, Pusat Perubatan Sunway pesat membangun, bermula dengan satu bangunan sehingga mempunyai lima bangunan kini. Berikutan pelan pembangunannya pada 2006, hospital ini kini mempunyai ruang seluas 60,803 meter persegi berbanding 22,219 meter persegi.

Kini, Pusat Perubatan Sunway bersedia  menetapkan standad perkhidmatan baru untuk pelanggannya yang semakin bertambah, menjadikan ia salah satu pusat perubatan swasta terunggul di negara ini dengan 350 katil, 119 bilik perundingan, 12 bilik bedah dan tempat letak kereta bertingkat dengan 700 petak meletak kenderaan.

Pusat Perubatan Sunway menawarkan rangkaian perkhidmatan perubatan yang meluas, termasuk kemudahan dan teknologi perubatan moden untuk pesakit luar dan pesakit yang memerlukan penjagaan khas, program kesihatan dan kesejahteraan serta perkhidmatan kecemasan 24 jam. Para doktor bertugas samada di Bilik Perundingan Pakar yang terletak di hospital atau mempunyai hak untuk menggunakan semua kemudahan pesakit yang dimasukkan ke wad seperti perkhidmatan diagnostik dan bilik bedah. Selain dari perkhidmatan kemalangan & kecemasan dan penjagaan primer yang dikendalikan pegawai perubatan, semua doktor di hospital ini adalah pakar perubatan. Pusat perubatan Sunway menetapkan semua pakar yang bertugas di sini mesti mempunyai ijazah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta jumlah tahun pengalaman yang ditetapkan dalam bidang kepakaran dan kepakaran sampingan yang dipilih.     

.





START TYPING AND PRESS ENTER TO SEARCH ARTICLES